Feb 5, 2011

Hari 4 - Musée du Louvre

Sambung cerita...hari terakhir di Paris. Pagi ni kami menuju ke Notre Dame. Cam tak bangunan apa kat bawah ni...pernah dengar atau tengok cerita "The Hunchback of Notre Dame"?? Inilah dia bangunan church yang dijadikan tempat persembunyian "Quasimodo" iaitu watak utama cerita tersebut yang kononnya di belakangnya ada hunchback sejak dilahirkan lagi..

Oleh kerana hari ini hari terakhir kami di Paris, kami tak melepaskan peluang yang ada pergi ke Musee Du Louvre, di mana tersimpannya lukisan Monalisa..yang menjadi bahan bualan orang dan juga merupakan lukisan yang paling terkenal di dunia. Kat gambar di bawah ni, di belakang hubby I ada seperti piramid kaca...di situlah pintu masuk ke muzium tersebut dan di sekelilingnya pula adalah bangunan muzium yang menyimpan beribu-ribu gambar dan khazanah bernilai yang dimiliki oleh Perancis dan beberapa negara yang lain.Satu hari memang tak cukup round2 dalam muzium tu..kerana ia amatlah besar :). Inilah lokasi terakhir kami pada hari terakhir kami di Paris...walaupun kami pergi ke satu-satu tempat dalam masa yang singkat tetapi sekurang-kurangnya kami berpuas hati kerana telah menjejak kaki ke sana. Diam2 aku bercakap dalam hati..nanti aku nak datang lagi ke sana..:D insya Allah kalau ada rezeki..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers