My Post List...

Aug 18, 2011

Semalam...Hari Ini...& Esok...

0 comments

Kenapa dalam kehidupan seharian ada je perasaan tak ada mood??? Hidup dalam dunia ini hanyalah sementara, sepatutnya kita perlu sentiasa ceria dan mengisinya dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah..

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali".. 

tapi sebagai manusia biasa yang kadang-kala lalai dan alpa pasti melepasi hari-hari dalam hidupnya dengan penuh kerugian..begitu juga dengan diri aku..tipu kalau aku kata, tiap-tiap hari aku sentiasa ceria dan penuhi masa lapang ku dengan aktiviti yang berfaedah..seringkali juga diri aku ni bermuhasabah seketika, tapi tak selamanya..hari-hari yang berlalu aku rasa kosong, terasa ingin menarik semula hari-hari yang lepas dan buat aktiviti yang berfaedah..setiap hari yang berlalu bermakna umur juga akan meningkat..diri dimakan usia..

 "Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

Bagaimana cara yang terbaik untuk mengubahnya menjadi lebih baik dari yang lalu-lalu..manusia perlukan perubahan ke arah yang lebih baik begitu juga diri aku..cuba muhasabahkan diri sekejab.....
Ya! kita perlu berubah! Berubah! Berubah!Berubah! Berhijrah menjadi insan yang lebih sempurna..
tapi BAGAIMANA??????? Tak pe kita mulakan sikit-sikit. Bermula dari kita ubah cara pemikiran kita, sentiasa berfikiran positif..atur jadual kehidupan seharian..dan jangan lupa sentiasa mendekatkan diri pada yang Esa...

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."


Di sini ada beberapa tips bagaimana kita hendak mengubah sikap menjadi lebih positif..
Sumber daripada http://lubukzai.wordpress.com 

1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda. 

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

8. Luahkan apa yang terpendam (tambahan dari aku..)
Jika Anda tidak berpuas hati terhadap sesuatu, jangan disimpan dalam hati. Luahkan isi hati Anda agar ianya tidak melarat-larat di kemudian hari. Cuba settlekan secara damai dan positif...

Kesimpulannya, 
1. Atur kembali perjalanan hidup aku..buat jadual seringkas yang boleh, jangan sesak-sesakkan kepala..
2. Berusaha sedaya upaya mendisiplinkan diri mematuhi jadual 
3. Tanamkan tips-tips di atas dalam diri..
4. Tengok sejauhmana dan seberapa lama aku capai objektif
5. Sentiasa muhasabah diri!!!!

Semoga bulan Ramadan yang mulia ini akan mengubah diri aku yang bergelar isteri...anak...mama....sahabat menjadi insan yang berjaya dan cemerlang dalam hidup dunia & akhirat..Aminnnnn

Aug 1, 2011

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

1 comments

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurga-Mu ... namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu ... kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu "Ya Allah jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA "