Di Sini Ada...

Dalam page ni aku letakkan foto-foto yang aku rasa menarik perhatian untuk dijadikan kenangan sepanjang duk kat negara orang.. dan apa salahnya mencuci mata dan minda sesiapa yang tengok..

Baru-baru ni aku ada buat pembelian online..selalunya barang dihantar dengan van tapi hari tu aku ternampak lak bende alah ni cam beca beroda tiga..

 

Ini pulak velo (basikal) merupakan salah satu perkhidmatan berbayar yang disediakan untuk orang awam. Terdapat banyak pusat velo disediakan di sekitar kawasan yang banyak tumpuan.

 
 
Dekat sini, tak pelik tengok orang kurang upaya berjalan ke sana-sini seorang diri. Orang-orangnya kuat semangat dan berdikari dalam banyak hal. Fasiliti yang disediakan juga kebanyakkannya mesra pengguna terutama untuk orang seperti mereka. Gambar motor kat bawah ni adalah salah satu motor khas untuk orang kurang upaya....kalau difikirkan orang kurang upaya yang ada di Malaysia kesian..kebanyakkannya hanya duduk di rumah dan mengharapkan bantuan orang yang menguruskan dirinya..berbeza sungguh gaya hidupnya dengan orang di sini..


Ini pula gambar ambulance yang selalu parking dekat depan rumah aku..yang kejenya amik antar pesakit-pesakit kat rumah orang-orang tua kat sebelah rumah aku ni. Awal-awal duk kat sini aku heran gak..kenapa la siang malam asyik bunyi orang heret barang..ketuk-ketuk kat dinding....sampaikan satu hari tu jiran sebelah ingat anak-anak aku lak yang buat bising..tp bila diselidik-selidik rupanya orang tua kat sebelah yang buat bising..ada sorang tu katanya kalau tiba sakit sengal-sengalnya dia akan ketuk-ketuk kat dinding ke apa entah, aku pun tak tau...nak kata apa dah duduk sebelah...pekakkan telinga je la. hihihihi..


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers