Mar 19, 2011

Alahai anak omak...

Beberapa hari yang lepas..genap 6 tahun umur anak sulungku....Akmal Safiy (15 Mac 2011). Semoga Akmal menjadi anak yang soleh, cerdik, diberi kesihatan yang baik dan hidupnya sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi-Nya..

Inilah muka bufday boy yang menyangka dia tak dapat hadiah sempena birthday nya. Siap pakai crown lagi..  Teringat masa dulu-dulu kalau birthday mama...nenek belikan kek je pun dah suka sangat..tak ada hadiah pun. Tapi anak mama yang sorang ni, bila diacah tak dapat hadiah, mukanya dah mendung semacam...kasi surprise sikit kat dia.

Hasil kerja seni Akmal di ecole sempena Galette des Rois (King Cake) sepanjang bulan Januari yang lalu.

Berbalik pada cerita birthday; bulan lepas my hubby belikan hadiah satu set Wii sempena birthday aku. Sebenarnya tak mimpi and tak terlintas pun nakkan hadiah tu..tapi entah kenapa hari tu mulut ni tergatal lak nak minta..tak sempat nak fikirkan hadiah yang lain agaknya...hihihii.. So birthday anak mama yang sorang ni pulak dapat hadiah...satu set remote Wii dan cd Wii. hihihihi kira pelengkap ler ni, boleh main beregu, boleh gitu..:P
  
Muka ceria sikit..bila nak tiup lilin..adiknya lagi ceria pasal tak sabar nak ngap kek coklat tu. 
 Sesi membuka cadeau...avec assistant..;)
Happy birthday sayang...We love you so much..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers