Jan 21, 2011

Hari 3 - La Tour Eiffel, Paris

Cerita bersambung kembali...Selepas bersiap dan sarapan ala kadar, kami bergegas dari hotel menuju ke destinasi pertama pada hari ini...Eiffel Tour. Sepanjang kami jalan ke ET ramai pejual-penjual keychain menegur kami meminta kami membeli keychain mereka. Takut juga kalau mereka agresif..tapi alhamdulillah nampaknya mereka tak mengganggu orang. Oleh kerana suhu yang agak keterlaluan bagi kami dengan disertai angin yang agak kuat maka kami tak dapat menghayati dengan penuh perasaan senibina dan suasana di tempat-tempat yang kami lawati..semuanya dilakukan dengan cepat dan pantas.. :)

Ini pula bateaubus iaitu satu perkhidmatan bot yang menyusuri sungai Paris. Di sepanjang sungai ini kelihatan beberapa tempat menarik yang dijadikan tempat utama kunjungan pelancong. Antaranya Louvre, Tour Eiffel, Musse d'Orsay, St-Germain des Pres, Champs-Élysees, Notre Dame dan Jardin des Plantes.

Selepas penat berjalan seharian kami mencari kedai makan pula. Nasib baik ada kedai makanan Turki yang halal berdekatan dengan hotel kak Nim (birasku) :D Di atas ni antara gambar makanan Turki yang kami melantak setelah seharian tak makan..atas sekali tu Nasi Ayam, bawahnya roti yang dicicah dengan sup daging berkacang dal dan bawah sekali bonbon (sejenis manisan dari kacang dan honey). Setelah perut diisi dan tenaga kembali menjana...kami pergi pula ke Chateau Sacre Coeur di Montmartre. Dekat sana ada banyak kedai cenderamata yang murah-murah..so apa lagi seperti biasa kerja kaum hawa mencari cenderamata untuk dibawa balik..

Permandangan dari atas di Chateau Sacre Coeur, Montmartre.
Inilah dia Chateau Sacre Coeur..cantik!!! sekali tengok cam istana dalam movie Disney Aladdin..Hari dah mula gelap walaupun belum malam..tapi semua dah kepenatan so kami balik ke hotel masing-masing.. Perjalanan hari esoknya akan aku ceritakan pada post yang seterusnya nanti..k

3 comments:

  1. bestnyer Eiffel Tower! jauh x dr umh ko ek?

    ReplyDelete
  2. jauh la jugak...nak gi sana naik TGV >/2jam..best mmg best tp aku gi sana x dpt mnghayati langsung suasananya..masa2 tgh snow storming..ksian ank2 ksejukan.

    ReplyDelete
  3. lerrr...x dptla ber'romantik"2 ngan hb ek? teringinnyer nk pigi eiiffel tower. tuhla, mmg sush sket kalu jln2 time winter ngan ank2 kecik..just ambik2 gambo bole lerr

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers