Jan 6, 2011

Hari 2 - "Aller à Paris"

Hari ke-2, kami bertolak ke Paris menaiki TGV. Alhamdulillah di sepanjang perjalanan kami tiada sebarang halangan dan masalah yang timbul, walaupun di tv sibuk berita menyatakan storming snow kerap berlaku di area Paris. Setibanya kami di metro Montparnasse terpinga-pinga sebentar kami, maklumlah first time sampai ke tempat orang. Lepas beli tiket kami berpecah untuk check-in di hotel masing-masing. Untuk ke hotel, kami perlu menaiki metro lagi ke arah metro Colonel Fabien. Setelah kami menjejakkan kaki ke dalam hotel yang tak nampak cam hotel itu dan dengan sambutan yang hampeh dari orang hotel tersebut...kami diberitahu kami tak boleh dapat bilik yang telah dibuat booking itu, atas alasan kami mempunyai 2 orang anak dan booking yang dibuat menyatakan 2 orang sahaja. Kami tanya ada alternatif lain tak yang boleh kami buat seperti tempah bilik lain atau bayar extra untuk 2 guests lagi..dengan sombong dia kata tak ada..bayangkan dengan cuaca yang sejuk, angin yang kuat, hujan dan dah hampir gelap di luar, kami terpaksa meredah mencari hotel yang lain. Kesian anak-anak kesejukan. Hotel ni memang aku boleh bagi anugerah the worst hospitality ever after 2010...Kesimplan yang aku boleh buat : hotel di Malaysia the best among the best. Dan dengan geram dan kecewanya kami cari hotel yang lain..alhamdulillah ada hotel yang masih kosong dan walaupun harganya mahal kami tak boleh menolakkannya memandangkan hari makin gelap dan keletihan. Malam kami makan di kedai makanan segera Quick. Ingatkan selesa, rupanya hampeh gak...banyak homeless duduk dekat dalam dan membuat benda yang kurang menyenangkan pada pelanggan yang lain. Inikah suasana sebenar di kota Paris? Pelbagai bayangan yang indah dan cantik-cantik aku bayangkan sebelum sampai ke sini...bila sampai dan lihat dengan mata kepala sendiri, jauh panggang dari api. Lepas makan kami terus cepat-cepat beredar kerana nak mengelakkan dari berlaku apa-apa yang tak diingini.

 Pemandangan rezeb generator electricity "wind turbine"

 Ini pula gambar hotel yang mahal dan selesa tapi kemudahan yang di sediakan kurang .

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers