Jan 6, 2011

Hari 1- "Marche à Rennes"

Surprise!!! Abang ipar dan biras aku datang ke France..macam tak disangka juga kedatangan mereka ke sini. Awal perancangan mereka nak datang tahun hadapan, tapi entah mimpikan apa mereka tukar plan dan datang ke sini pada musim winter!!!! Wow! winter time...how to imagine, the journey in winter? Hari pertama di sini kami ajak mereka jalan-jalan di Rennes..antara tempat yang menjadi jejakkan kaki kami adalah Intermarche di Long Champs, kedai makan kebab dan pasaraya barangan elektronik Saturne di Sainte Anne, République, serta funfair di L'esplanade Charles de Gaulle. Buat pertama kalinya juga kami merasa macam nak putus nyawa masa naik Speedy Mouse iaitu ala-ala mini Roller Coaster. Kemudian sebelum balik kami singgah balik ke Place de la Mairie untuk melihat cahaya lampu yang menghiasi di sepanjang jalan dan persembahan spektakuler gambar monumental yang menarik sempena sambutan Krismas yang bakal tiba beberapa hari lagi di Place de L'hôtel de Ville. Walaupun cuaca agak sejuk pada hari tersebut tapi kami still ok lagi...tunggu sambungan cerita perjalanan kami pada hari yang berikutnya...
Malamnya dalam keletihan kami makan seringkas yang mungkin iaitu nasi putih, cendawan tumis lada dan daging domba panggang (agneau) atau kambing biri-biri.

Pemandangan di  Sainte Anne

Fete Foraine di Esplanade Général de Gaulle (di atas gambar Speedy Mouse)

Di Marché Place du Parlement de Bretagne

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers