Nov 18, 2010

Home Sweet Home....

Dah lama tak berceloteh dalam blog..sejak beberapa bulan yang lepas iaitu semenjak blog acozyfamily aku menghadapi masalah teknikal yang sampai sekarang tak dapat diselesaikan...tention gak bila aku fikirkan..apa taknya selama beberapa minggu...bulan..try nak solvekan problem tapi hampa je yang aku dapat..niat nak berblog pun dah hampir lupus sejak tu..tapi bila difikirkan kalau aku tak buat blog ni, nanti family dan kenalan kat luar sana tak dapat lak tengok perkembangan kami yang jauh di perantauan ni..and bila aku dah balik ke tanah air tak ada lak kenangan ... bila ada blog ni ada gak kenangan yang aku bawa balik nanti.

Kami sekarang ni dah berpindah ke rumah baru  yang lebih besar, selesa dan mempunyai kawasan perumahan yang cantik..berdekatan dengan rumah ada taman permainan kanak-kanak, tasik, shopping complex, sekolah Akmal, klinik...kiranya rumah kami berdekatan dengan semua fasiliti yang diperlukan..tempat tunggu bas pun tak jauh dari rumah (maklumlah tak ada kereta...so pengangkutan bas amat penting bagi kami sekeluarga) :)
Tapi dalam keadaan semuanya yang dikira best bagi kami...ada lak satu bende yang membuatkan otak aku ni bengang gila dan darah aku rasa menggelegak sampai tahap maximum yang entah berapa darjah celcius..aku pun tak tau...benda yang tak best sangat tu berkaitan dengan jiran yang duduk di bawah aras rumah aku..jiran?? huh!! tak hingin aku nak ngaku..org lain ok je..dia satu family cam ada mental problem..malas aku nak layan...nak cerita lebih-lebih pun buat sakit hati and mengurangkan pahala aku..so lupakan je la benda yang tak berfaedah tu.

 
 
 Ruang tamu rumah kami..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers